Luahan hati.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم



Saat kita memerlukan seseorang adakah orang yang mahu menjadi peneman setia kita? Adakah orang yang mahu mendengar luahan hati kita? Mungkin ada dan mungkin juga tiada. Yang pastinya Allah akan sentiasa berada di sisi kita. Jadi, mengadulah pada yang maha Esa. 

Kita ini mudah untuk makan hati dengan percakapan orang. Ya. Begitu juga dengan diriku. Kadang-kadang aku akan terasa bila mak lebihkan orang lain dari aku. Kadang-kadang aku terasa bila kawan-kawan berjauhan dari aku. Kadang-kadang hatiku terguris dengan teguran orang terhadap diriku.

Aku hanya manusia yang lemah dan terkadang tidak bersyukur dengan apa yang ada disekeliling. Aku juga insan yang pernah menangis di sisi kawan-kawan kerana masalah-masalah yang menimpa. Ya, aku bersyukur mempunyai tiga orang rakan yang satu kepala, gila-gila. Ya, terima kasih Tuhan atas pemberianmu kepadaku. Terkadang aku berasa menyampah dengan mereka tapi bila difikirkan balik dah macam-macam kami buat bersama takkan nak terus buang mereka dari hidup aku. Ok thanks Munirah, Izyan dan Ainaa kerana sentiasa berada disisiku saat suka dan duka. Ayat iolls hahaha. 

Aku merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Alah aku bukan anak manja. Dulu sewaktu ayahku masih sihat aku begitu rapat dengannya. Tapi aku tak terlalu rapat dengan mak. Tapi lepas ayah jatuh sakit waktu bulan doblas masa aku darjah lima aku macam hilang kasih sayang seorang bapa yang amat aku cintai. Bagi aku, ayah adalah orang paling hensem dalam bumi ni, paling comel, paling funny dan semua paling yang sewaktu dengannyalah.

Mak terlalu tabah menjaga ayah. Dah lima tahun berlalu ayah tetap tak berubah. Rindunya pada gurau tawa ayah. Insyaallah, ayah akan sembuh suatu hari nanti. Bila cuti habis semua balik rumah masing-masing. Dah ada family kan. Tinggallah aku bersama mak dan ayah. Tabah dan tabah

Tetapi aku masih bersyukur kerana orang-orang yang aku sayang berada di sisiku. Ya Allah, beritahulah mereka yang aku amat menyayangi mereka. Aku bersyukur dengan pemberianMu ya Allah. 

Terima kasih Tuhan.