Bayi yang tidak bersalah.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Terlalu banyak isu pembuangan bayi zaman ini. Aku kesiankan bayi-bayi yang masih belum sempat melihat dunia sudah dibunuh oleh ibunya sendiri kerana tidak mahukan anak itu. 

Siapakah yang bersalah?
Ibu atau bayi itu?

yang pastinya, bayi itu tidak akan pernah bersalah.

Ramai remaja sekarang yang berusia 12 dan keatas sudah melakukan perkara yang tidak sepatutnya sama ada secara suka atau dipaksa. Adakah mereka bodoh? Ya bodoh kerana terlalu mengikutkan hawa nafsu. Tidakkah mereka fikir apa yang akan terjadi selepas mereka menyerahkan segalanya pada seorang manusia yang bergelar lelaki? 

Mengandung.

Siapa yang mahu mengandungkan anak luar nikah. Tanyalah kepada semua kaum hawa takkan dijawabnya yang dia menginginkan seorang anak luar nikah. Suka sama suka bermaksiat. Ya Allah. Tidakkah mereka memikirkan ibubapa yang telah membesarkan mereka yang menanggung makan pakai dan pelajaran. Tidakkah mereka malu pada dunia? Pada Pencipta?

Bayi.

Lahirlah satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka. Kalau kita tengok dalam tv mesti perempuan akan minta untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Masalahnya, mahukah semua lelaki yang membuntingkan perempuan itu bertanggungjawab?
Bayi yang telah dilahirkan tidak pernah salah. Dia tak pernah minta untuk dilahirkan ke dunia. Mengapa membunuhnya? Tong sampah, lubang tandas dll selalu menjadi tempat dimana bayi-bayi ini dijumpai.
Mungkin hati tak boleh menerima kehadiran tapi tak perlu membunuh. 

"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar." An-Nisa' ayat 93

Berilah peluang pada bayi-bayi ini untuk melihat dunia. 
Untuk merasa bahagia,
Untuk bergembira,
Untuk bermanja,
Untuk menagih sayang,
dari seorang manusia yang digelar Ibu.

Ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tapi tidak dikurniakan zuriat. Mereka mungkin akan mencari anak angkat. Berilah mereka peluang. Jika hati kata benci pada bayi sendiri apakah salahnya menghantar bayi-bayi itu ke tempat yang boleh mereka berlindung. 

Masyarakat dan terpentingnya ibubapa, jangan letakkan semua ini atas bahu mereka. Apa yang dipaksa. Bukan semuanya suka sama suka melakukan perkara sedemikian. Berikan semangat, motivasi untuk meneruskan hidup. Mungkin dengan melakukan sedemikian akan mengurangkan tekanan yang dihadapi dan kebaikkannya terselamatlah satu anugerah dari tuhan. Bodoh kalau cakap kau gembira lahirkan anak luar nikah. Tu siuman. Tipu kalau tak sedih. Tipu sangat. Perkara yang Allah murkai. 

Berdoalah agar perkara ini tidak berpanjangan. 

Tutup aurat.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Kalau kita tengok, bukan semua wanita muslim yang pakai tudung. Ada yang pakai tudung tapi singkat. Ada yang pakai tudung labuh, purdah niqab dan sebagainya. Ada juga yang tak pakai tudung lansung. 

Sahabat,
Kewajipan menutup aurat tiada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji.
"Kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh."
—(Surah an-Nur ayat 31 & al-Ahzab ayat 59)

Ramai wanita muslim hari ini tak ambil berat tentang memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.

Islam tak larang sekiranya wanita muslim nak mengikut fesyen terkini tetapi apa yang kita pakai biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.

"Seandainyalah kaum wanita tahu apa yang difikirkan oleh kaum lelaki apabila melihat mereka, nescaya mereka takkan berani membuka aurat."


Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir."
(Surah an-Nur ayat 31)

Kita tengok ramai wanita muslim yang sekarang ini banyak memakai perhiasan. Ada yang memendekkan tudung hanya untuk menunjukkan perhiasan yang dipakai. Tidakkah anda berasa malu? Firman Allah SWT maksudnya : "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (Surah an-Nur ayat 31)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

  1.  Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam)
  2.  Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Hadis Riwayat Muslim)

Dr. Yusof Al-Qardawi mentafsirkan hadis di atas, katanya : "Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini." (Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

Perlu diingatkan bahawa wanita muslim perlu menjaga suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Walaupun seorang wanita bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki, sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Berubahlah.

Potensi Manusia.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Manusia ini makhluk yang lemah dan memang manusia mempunyai had sama ada fizikal ataupun hati, Atas kerana itu kita akan berasa cepat letih dan jemu sebab kita manusia punyai had tersendiri. Namun potensi manusia bagi berbuat kebaikan tidak mempunyai had dan ia tidak akan melelahkan manusia kerana potensi itu yang akan meningkatkan keupayaan kita.

Untuk menjadi umat Islam yang baik adalah menjaga solatnya kerana dengan menjaga solat, kita sebenarnya sedang membuka potensi kebaikan tanpa had yang ada dalam diri kita. Maksudnya, menjaga dari mula mengambil wuduk, khusyuknya, bacaan surah dan sunat-sunatnya.

Solat adalah maruah kita. Ini kerana solat yang dijaga dengan betul akan menjaga fikiran dan hati kita. Itulah potensi tanpa had dalam diri kita. Umat yang menjaga fikiran dan hatinya itu sudah menjadi umat yang baik kerana secara tidak lansung mereka akan membuka potensi kebaikan tanpa had itu. Jadi, jaga solat. Jaga fikiran dan hati. Insyaallah, secara automatik kamu menjadi umat yang baik dan melakukan kebaikan tanpa had.

***

Tapi, ada sahaja yang membuat kita tidak khusyuk. Itu belum lagi dengan bacaan yang belum pasti tajwidnya.
"Berbaik sangkalah kepada Allah. Allah bertindak atas sangkaan hamba-Nya. Kamu juga perlu ingat, mengapa kamu mahu menjadi umat Islam yang baik? Adakah kerana faktor dunia ataupun kerana kamu mmahu syurga? Kita menjadi baik bukan kerana itu, tetapi kita mahu menjadi baik kerana mahu mendapatkan rahmat dan berkat-Nya. Syurga adalah bonus. Selain itu, jaga kedua ibu-bapa kita dan itu juga faktor yang menentukan sama ada kamu mampu menjadi umat yang baik atau tidak."
Kadang-kadang kita tinggal solat sebab nak mengejar sesuatu. Katanya penting. Tapi pernah tak kita ingat yang solat itu lebih penting dari segala-galanya? Semua perkara yang terjadi pada diri kita, Allah dah tentukan daripada kita dalam perut mak kita lagi.

"Setiap manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Sama jugak macam diri aku. Aku boleh ubah diri aku sendiri tak perlulah mengajar aku."

"Aku bukannya menyibuk. Tapi, salah ke kalau aku nak bawak kau ke jalan yang benar? Kau tak rasa ke apa yang aku buat akan mendatangkan faedah untuk diri kau dan juga untuk diri aku."

Aku juga bukanlah seorang yang baik. Aku juga seperti manusia biasa. Pendosa tanpa noktah. Yang terbiasa melakukan kesilapan. Bila aku sedar, aku cuba untuk memperbaiki diri aku. Aku buat semua ini bukan kerana manusia memandang aku seorang yang mulia tetapi aku lakukan untuk masa depan. Persediaan sebelum berjumpa dengan Pencipta. 

"Nak berubah jadi orang baik memang susah. Banyak halangan, banyak dugaan. Tapi yakinlah, Allah tetap disisi untuk membantu penghijrahanmu."

"그래서 내가하고 싶은 말은 싸움이다! 당신의 미래를 생각하십시오."

Be the Best

최고 수.


My Hero

You don't have to be afraid of what you're

There's a hero
If you look into your heart
You don't have to be afraid
Of what you're
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away
And then the hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
It's a long road
When you face your world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear.

"Sometimes, we just have to look deeper. Untuk mencari sesuatu yang tidak jelas, 
kita perlu memerhati dengan mata hati."