بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Terlalu banyak isu pembuangan bayi zaman ini. Aku kesiankan bayi-bayi yang masih belum sempat melihat dunia sudah dibunuh oleh ibunya sendiri kerana tidak mahukan anak itu.
Siapakah yang bersalah?
Ibu atau bayi itu?
yang pastinya, bayi itu tidak akan pernah bersalah.
Ramai remaja sekarang yang berusia 12 dan keatas sudah melakukan perkara yang tidak sepatutnya sama ada secara suka atau dipaksa. Adakah mereka bodoh? Ya bodoh kerana terlalu mengikutkan hawa nafsu. Tidakkah mereka fikir apa yang akan terjadi selepas mereka menyerahkan segalanya pada seorang manusia yang bergelar lelaki?
Mengandung.
Siapa yang mahu mengandungkan anak luar nikah. Tanyalah kepada semua kaum hawa takkan dijawabnya yang dia menginginkan seorang anak luar nikah. Suka sama suka bermaksiat. Ya Allah. Tidakkah mereka memikirkan ibubapa yang telah membesarkan mereka yang menanggung makan pakai dan pelajaran. Tidakkah mereka malu pada dunia? Pada Pencipta?
Bayi.
Lahirlah satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka. Kalau kita tengok dalam tv mesti perempuan akan minta untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Masalahnya, mahukah semua lelaki yang membuntingkan perempuan itu bertanggungjawab?
Bayi yang telah dilahirkan tidak pernah salah. Dia tak pernah minta untuk dilahirkan ke dunia. Mengapa membunuhnya? Tong sampah, lubang tandas dll selalu menjadi tempat dimana bayi-bayi ini dijumpai.
Mungkin hati tak boleh menerima kehadiran tapi tak perlu membunuh.
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar." An-Nisa' ayat 93
Berilah peluang pada bayi-bayi ini untuk melihat dunia.
Untuk merasa bahagia,
Untuk bergembira,
Untuk bergembira,
Untuk bermanja,
Untuk menagih sayang,
dari seorang manusia yang digelar Ibu.
Ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tapi tidak dikurniakan zuriat. Mereka mungkin akan mencari anak angkat. Berilah mereka peluang. Jika hati kata benci pada bayi sendiri apakah salahnya menghantar bayi-bayi itu ke tempat yang boleh mereka berlindung.
Masyarakat dan terpentingnya ibubapa, jangan letakkan semua ini atas bahu mereka. Apa yang dipaksa. Bukan semuanya suka sama suka melakukan perkara sedemikian. Berikan semangat, motivasi untuk meneruskan hidup. Mungkin dengan melakukan sedemikian akan mengurangkan tekanan yang dihadapi dan kebaikkannya terselamatlah satu anugerah dari tuhan. Bodoh kalau cakap kau gembira lahirkan anak luar nikah. Tu siuman. Tipu kalau tak sedih. Tipu sangat. Perkara yang Allah murkai.
Berdoalah agar perkara ini tidak berpanjangan.

No comments:
Post a Comment