بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Kalau kita tengok, bukan semua wanita muslim yang pakai tudung. Ada yang pakai tudung tapi singkat. Ada yang pakai tudung labuh, purdah niqab dan sebagainya. Ada juga yang tak pakai tudung lansung.
Sahabat,
Kewajipan menutup aurat tiada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji.
"Kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh."
—(Surah an-Nur ayat 31 & al-Ahzab ayat 59)
Ramai wanita muslim hari ini tak ambil berat tentang memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.
Islam tak larang sekiranya wanita muslim nak mengikut fesyen terkini tetapi apa yang kita pakai biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.
"Seandainyalah kaum wanita tahu apa yang difikirkan oleh kaum lelaki apabila melihat mereka, nescaya mereka takkan berani membuka aurat."
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir."
—(Surah an-Nur ayat 31)
Kita tengok ramai wanita muslim yang sekarang ini banyak memakai perhiasan. Ada yang memendekkan tudung hanya untuk menunjukkan perhiasan yang dipakai. Tidakkah anda berasa malu? Firman Allah SWT maksudnya : "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." —(Surah an-Nur ayat 31)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
- Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam)
- Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." —(Hadis Riwayat Muslim)
Dr. Yusof Al-Qardawi mentafsirkan hadis di atas, katanya : "Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini." —(Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
Perlu diingatkan bahawa wanita muslim perlu menjaga suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Walaupun seorang wanita bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki, sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Berubahlah.
No comments:
Post a Comment