بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Manusia ini makhluk yang lemah dan memang manusia mempunyai had sama ada fizikal ataupun hati, Atas kerana itu kita akan berasa cepat letih dan jemu sebab kita manusia punyai had tersendiri. Namun potensi manusia bagi berbuat kebaikan tidak mempunyai had dan ia tidak akan melelahkan manusia kerana potensi itu yang akan meningkatkan keupayaan kita.Untuk menjadi umat Islam yang baik adalah menjaga solatnya kerana dengan menjaga solat, kita sebenarnya sedang membuka potensi kebaikan tanpa had yang ada dalam diri kita. Maksudnya, menjaga dari mula mengambil wuduk, khusyuknya, bacaan surah dan sunat-sunatnya.
Solat adalah maruah kita. Ini kerana solat yang dijaga dengan betul akan menjaga fikiran dan hati kita. Itulah potensi tanpa had dalam diri kita. Umat yang menjaga fikiran dan hatinya itu sudah menjadi umat yang baik kerana secara tidak lansung mereka akan membuka potensi kebaikan tanpa had itu. Jadi, jaga solat. Jaga fikiran dan hati. Insyaallah, secara automatik kamu menjadi umat yang baik dan melakukan kebaikan tanpa had.
***
Tapi, ada sahaja yang membuat kita tidak khusyuk. Itu belum lagi dengan bacaan yang belum pasti tajwidnya.
"Berbaik sangkalah kepada Allah. Allah bertindak atas sangkaan hamba-Nya. Kamu juga perlu ingat, mengapa kamu mahu menjadi umat Islam yang baik? Adakah kerana faktor dunia ataupun kerana kamu mmahu syurga? Kita menjadi baik bukan kerana itu, tetapi kita mahu menjadi baik kerana mahu mendapatkan rahmat dan berkat-Nya. Syurga adalah bonus. Selain itu, jaga kedua ibu-bapa kita dan itu juga faktor yang menentukan sama ada kamu mampu menjadi umat yang baik atau tidak."
Kadang-kadang kita tinggal solat sebab nak mengejar sesuatu. Katanya penting. Tapi pernah tak kita ingat yang solat itu lebih penting dari segala-galanya? Semua perkara yang terjadi pada diri kita, Allah dah tentukan daripada kita dalam perut mak kita lagi.
Be the Best

"Setiap manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Sama jugak macam diri aku. Aku boleh ubah diri aku sendiri tak perlulah mengajar aku."
"Aku bukannya menyibuk. Tapi, salah ke kalau aku nak bawak kau ke jalan yang benar? Kau tak rasa ke apa yang aku buat akan mendatangkan faedah untuk diri kau dan juga untuk diri aku."
Aku juga bukanlah seorang yang baik. Aku juga seperti manusia biasa. Pendosa tanpa noktah. Yang terbiasa melakukan kesilapan. Bila aku sedar, aku cuba untuk memperbaiki diri aku. Aku buat semua ini bukan kerana manusia memandang aku seorang yang mulia tetapi aku lakukan untuk masa depan. Persediaan sebelum berjumpa dengan Pencipta.
"Nak berubah jadi orang baik memang susah. Banyak halangan, banyak dugaan. Tapi yakinlah, Allah tetap disisi untuk membantu penghijrahanmu."
"그래서 내가하고 싶은 말은 싸움이다! 당신의 미래를 생각하십시오."
Be the Best
최고 수.
No comments:
Post a Comment